Tuesday, April 5, 2011

MPAJ VS Compressor


30 April 2011 - Pada tarikh ini pihak Compressor Darters menyambut kunjungan pihak MPAJ. Pasukan ini dilatih oleh salah seoramg pemain darts terbaik Malaysia En.Raju. En.Raju seorang yang ramah dan tidak kedekut dengan ilmu darts yang dimilikinya dan pada pengamatan saya para pemainnya juga amat sayang dan hormat pada En.Raju. Pihak Compressor Darters merasakan Team MPAJ amat bertuah mendapat seorang jurulatih yang amat komited seperti En.Raju. Malam itu juga kami di kejutkan dengan kehadiran antara pemain terbaik Darts Malaysia juga iaitu En.Fauzi. Kami terharu dengan kehadiran dua jagoan darts ini. Pihak Compressor mengambil kesempatan dengan bertanya itu ini bagi menambah ilmu darts dari 2 jagoan ini. Alhamdulillah mereka tidak lokek dan sudi memberi tunjuk ajar. Terima Kasih. Berikut adalah serba sedikit gambar ketika perlawanan di adakan. Pihak Compressor ingin merakam ucapan terima kasih kepada En.Sham (MPAJ) yang berusaha bagi membolehkan perlawanan persahabatan ini diadakan. Keputusan pada malam itu setelah dijalankan 2 pusingan berkeputusan seri.

Sekian.

No comments:

Post a Comment