Friday, July 15, 2011

1st Compressor Ladies Single (01 October 2011)

1st Compressor Ladies Single Challenge


Buat julung kalinya Compressor Darters akan menganjurkan pertandingan darts wanita dan terbuka kepada semua darters-darters amatur wanita sahaja. Pertandingan ini akan diadakan pada 01 dan 02 October 2011. Pada hari pertama adalah perlawanan di dalam kumpulan dan Ahad pula adalah perlawanan Winner pool dan 2nd Chance. Berikut adalah jadual rencana pertandingan ini:


28 September 2011



  • Tarikh tutup penyertaan


  • Semua darters yg ingin menyertai pertandingan ini hendaklah menghubungi Nan(012-3608642) utk menempah (booking) penyertaan sebelum atau semasa tarikh ini.


  • Bayaran masuk hendaklah dibank in ke akaun penganjur bagi penganjur mengesahkan layak utk bertanding.


  • Bank penganjur Maybank 162487121398 (khairi adnan)

29 September 2011




  • Penganjur akan membuat cabutan undian utk penentuan kumpulan dan sesi bermain.


  • Jika jumlah peserta ramai 2 sesi perlawanan akan diadakan.


  • Sesi Pertama pkl 10:00am


  • Sesi Kedua pkl 02:00pm


  • Semua peserta akan diberitahu duduk kumpulan dan sesi mana pada malam 29 September 2011 melalui SMS.

01 October 2011




  • Sesi Pertama bermula : Perlawanan bermula pkl 10:00 pagi


  • Sesi Kedua Bermula : Perlawanan bermula pkl 2:00 petang


  • 4 terbaik dari setiap kumpulan akan maju ke Sesi Winner Pool


  • 4 terbawah dari setiap kumpulan akan amaju ke Sesi 2nd chance

02 October 2011




  • 2nd chance bermula pada pkl 10:00pagi


  • Winner Pool bermula pada pkl 2:00ptg.

Di atas adalah atur cara bagi pertandingan ini dan diharap semua dapat memberi kerjasama dan sokongan dengan mendaftar awal supaya pihak penganjur dapat mengatur perjalanan pertandingan dengan lebih teratur dan rapi.


Ayuh..Let's Go Out and Play..

Tuesday, July 12, 2011

Corat-coret sekitar pertandingan.

MEMBINA PERSAHABATAN MELALUI SUKAN

TERIMA KASIH SEMUA. SEMOGA BERJUMPA LAGI...













Posted by Picasa

Revenge Champion 09-07-2011


En.Kay En.Sarawanan
Johan Revenge Naib Johan Revenge



En.Zakir En.Ismail
Johan 2nd Chance N.Johan 2nd Chance

Alhamdulillah pada 09-July-2011 dan 10-July-2011, Team Compressor Darters telah selesai menganjurkan satu perlawanan Darts perseorangan yang diadakan di studio Compressor Darters yang terletak di Kajang.

Seramai 64 Darters telah datang menyertai pertandingan ini bertarung selama 2 hari mempraktikkan dan membuktikan latihan yang dijalankan selama ini berjaya di praktikkan atau tidak. Pihak Compressor Darters mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menyokong dan bertanding di pertandingan anjuran kami.

Ribuan terima kasih kepada pasukan Lambor yang diketuai oleh Abang Sabree, D'Gaung Darters diketuai oleh Z'Sham, Bumi Sepang Abang Othman, Bomba diketuai oleh Nasir, Compressor diketuai oleh SAM, SC Qiara diketuai oleh DIN, UPM Darters diketuai oleh Khairul, AA diketuai oleh Simon. Gasing diketuai oleh Abg Razif, LTAT diketuai oleh Abg Rosli, ARAB diketuai oleh Abg Adzwan, Penjara Kajang oleh Abg Din dan Kpl Shamelan, Perbendaharaan Selangor diketuai oleh Amin, BMI Darters diketuai oleh Saifurdin dan Amin, MPAJ diketuai oleh Sham, Petronas Research diketuai oleh Zulkiflee, Darts ZZ diketuai oleh Abg Zaki dan semua pemain yang tiada bernaung pada mana-mana team.

Juara pada kejohanan kali ini adalah En.Kay dan Naib Juara adalah En.Sarawanan dari MPAJ. Corak permainan kedua-dua juara ini amat unik. En.Kay pada amatan saya merupakan seorang fighter kerana walaupun tertinggal pada leg permulaan dia berjaya bangkit menguasai perlawanan pada leg-leg yang akhir pada perlawanan format race to 5. Endurance dan stamina pada amatan saya adalah kunci pada kemenangan beliau. Apa lagi lepas ini semua darters kena melakukan senaman dan jogging utk membina stamina. En.Sarawanan pula pada amatan saya amat konsisten dalam balingannya dan berjaya menguasai perlawanan pada mula perlawanan. Disebabkan leg yang panjang tumpuan dan stamina menganggu prestasi. Tidak apa En.Sarawanan kita cuba lagi pada perlawanan yang akan datang.

Pada perlawanan 2nd chance En.Zakir adalah Johan dan En.Ismail adalah Naib Johan. Perlawanan akhir 2nd chance yang amat unik. Taktikal dan startegi En.Zakir amat mengujakan dimana mata dikumpul dan setting utk check yang mengagumkan. Tahniah En.Zakir harap next tournament bersaing dalam winner pool pulak.

Akhir kalam terima kasih pada semua yang datang menyertai pertandingan kecil yang dianjurkan oleh Compressor Darters. Disebabkan faktor ruang dan peluang meghadkan jumlah penyertaan. InsyaAllah jika ada rezeki kita buat besar lagi. Di sini pihak kami ingin merakamkan ribuan terimia kasih kepada Syarikat Car N Co kerana sudi menyumbang Voucher Jualan 20% OFF pada semua belian barangan Darts di kedai mereka yang terletak di Jalan Universiti.

Sehingga Berjumpa Lagi...

p/s : Pada Abang Sabree kami enjoy sangat lawok perak abang..baling darts lalali tamplom..manap ke apa..heheheh