Wednesday, June 30, 2010

Best Of The Best - Top 4

Salam to all darters,

Kini fasa pertandingan 'Best Of The Best' telah masuk kepada top 4 . Pertandingan dalam separuh akhir dijalankan sebanyak 501x9 iaitu kena menang 5 leg .

Perlawanan adalah antara :-

1. Zaid lwn Kamal.
keputusan :- 2 - 5
Analisa :- Kamal masih mengekalkan rentak permainan yang sama dimana rumah '15' adalah makanannya. Zaid pula malam itu , hilang fokus kerana balingannya tidak macam sebelumnya. Apa pun tahniah kepada anda berdua kerana sampai ke tahap ini. KAMAL berjaya masuk ke perlawanan akhir.

2. Sham lwn Zam.
keputusan :- 1 - 5
Analisa :- Sham masih mengekalkan rentak permainan yang sama manakala Zam kelihatan gugup apabila berdepan dengan 'check out' . Hilangkan rasa gugup itu Zam!!!. Apajua pun tahniah kepada Zam kerana memberi saingan yang cukup hebat kepada sham. SHAM telah masuk ke perlawanan akhir untuk bertemu dengan KAMAL.

Tuesday, June 15, 2010

Best Of The Best - Top 8

Salam again to all darters,

Sekarang pusingan TOP-8 telah bermula. Berikut adalah keputusan perlawanan tersebut :-

1. Zaid lwn CEO
Keputusan :- 4 - 1
Analisa :- Zaid telah menunjukan satu permainan yang baik dengan mendahului CEO 3-0 pada satu ketika dan menbuat check-out dengan satu dart apabila mendapat rumah yang beliau suka,manakala CEO masih mencari-cari retak permainannya. Apa jua pun tahniah kepada Zaid kerana masuk ke perlawanan separuh akhir dan CEO pula, cuba lagi dan jangan anggap mudah pada pihak lawan.

2. Zam lwn Nan.
Keutusan :- 4 - 3
Analisa :- Salah satu perlawanan yang ditunggu-tunggu pada malam itu kerana kedua-duanya adalah pemain Mentari Compressor yang mendapat pendedahan di Amin Ally selama 3 bulan. mata kemenangan salih berganti sehingga ke set terakhir. Pada set terakhir, Nan telah mendapat rumah dahulu tetapi lambat untuk check out. Zam yang mempunyai fighting spirit yang kuat telah mendapat rumah dan membuat check out dengan 2 dart pada rumah 12. Tahniah kepada Zam kerana masuk ke perlawanan separuh akhir dan Nan pula, cuba lagi dan keep cool bro during check out time. You can make it !!!.

3. Kamal lwn Pak Ya.
Keputusan :- 4 - 2
Analisa :- Satu perlawanan yang hebat dari mentari 2 dan mentari 7. Kamal yang menpunyai fighting spirit yang kuat telah mendapat rumah yang beliau suka iaitu 15 dan 5 telah menbuat check out tanpa tertunggu-tunggu. Pak Ya pula, masih mengekalkan rentak perlawanan terdahulu dengan mengekori pihak lawan dari belakang tetapi lambat untuk mendapat rumah. Tahniah kepada Kamal kerana masuk ke perlawanan separuh akhir dan Pak Ya pula, cuba lagi dan keep cool bro during play time. You can make it !!!.

4. Sham lwn Bani.
Keputusan :- 4 - 1
Analisa :- Tiada masalah untuk sham memenangi perlawanan tersebut dengan Bani.


Perlawanan Separuh akhir:-

1. Zaid lwn Kamal
2. Sham lwn Zam

jumpa lagi di perlawanan separuh akhir.

Saturday, June 12, 2010

Best Of The Best - Top 16

Pusingan kalah mati telah bermula dan debaran kian kencang . Semua perlawanan dijalankan sebanyak 501 x 5. Berikut adalah keputusan perlawanan:-

1. Zaid lwn Anuar.
Keputusan : 3 berbalas 2.

Komen : Zaid menunjukan belangnya drp 'chucker' kepada sharp shooter pada mlm tu!

2. CEO lwn Saiful.
Keputusan : 3 berbalas 2.

Komen : CEO telah menunjukan stail yang tersendiri semasa membaling dart dan mendapat kemenangan yang telah dijangka pada malam tu.

3. Zam lwn Hafiz.
Keputusan : 3 berbalas 2.

Komen : Anak Beranak telah bertarung dan seperti dijangka bapanya telah memenangi perlawanan tersebut. Apa jua pun , tahniah diucapkan kepada Hafiz kerana menunjukan semangat juang yang tinggi walaupun baru berusia 15 tahun.

4. Din lwn Nan.
Keputusan : 0 berbalas 3.


Komen : Salah satu perlawanan tumpuan pada malam itu kerana mereka adalah pasukan 'Mentari Compressor' yang bertanding dalam Liga Amin Alley yang lalu. Upset telah terjadi pada malam itu dengan Nan telah mengalahkan Din dengan straight set. Nan teleh menunjukan kemampuan yang sebenar malam itu. Tahniah bro !!!!

5. Joe lwn Kamal.
Keputusan : 2 berbalas 3.

Komen : Upset telah terjadi pada perlawanan tersebut di mana Joe, salah seorang pemain Mentari Compressor yang bertanding dalam Liga Amin Alley yang lalu telah kalah kepada Kamal dalam satu perlawanan yang sengit. Apa jua pun, tahniah kepada kedua-dua pemain yang menunjukan satu perlawanan yang hebat malam itu.

6. Pak Ya lwn Awie.
Keputusan : 3 berbalas 0.


Komen : Pak Ya telah menang percuma malam itu kerana Awie 'show off''.

7. Sham lwn Man.
Keputusan : 3 berbalas 1.

Komen : Tiada masalah buat Sham untuk memenangi perlawanan tersebut kerana Man pada malam itu 'off form'.

8. Bani lwn Lan.
Keputusan : 3 berbalas 0.


Komen : Bani telah menang percuma malam itu kerana Lan 'show off''.


Berikut adalah pemain yang layak untuk masuk ke perlawanan 'top 8' yang dijalankan sebanyak 501 X 7.

1. Zaid lawan CEO
2. Zam lawan Nan
3. Kamal lawan Pak Ya.
4. Sham lawn Bani.

jumpa lagi di perlawanan 'TOP 8'.

Friday, June 11, 2010

Best Of The Best @ Mentari 2 & Mentari 7

Selepas pertandingan 3 some jemputan kami telah membuat satu lagi pertandingan iaitu perseorangan 'best of the best ' di kalangan pemain-pemain dari di mentari 2 & 7.

Pertandingan ini diadakan untuk menguji ketahanan mental pemain-pemain dart bila berlawan satu lawan satu. Ia diadakan secara liga satu pusingan yang dibahagikan kepada 4 kumpulan dan 4 teratas akan masuk ke pusingan kalah mati ( Top 16 ). Kumpulan tersebut adalah :-

1. Kumpulan Alfa :- Kamal , Ceo, Saiful, Atan dan Zaid

2. Kumpulan Beta :- Joe, Labu, Pak Ya, Awie

3. Kumpulan Cita :- Nan, Zam, Hafiz, Man dan Bani

4. Kumpulan Deko :- Sham, Anuar, Din, Lan dan Sarip.

mereka-mereka yang layak adalah :-

1. Kumpulan Alafa :- kamal, ceo, saiful, zaid
2. Kumpulan Beta :- joe, pak ya, awie dan labu ( menarik diri !!!)
3. Kumpulan Cita :- nan, zam, hafiz, bani
4. Kumpulan Deko :- sham, anuar, lan dan din