Wednesday, December 29, 2010

Compressor Darts Challenge


Salam Sejahtera Semua,




Mula-mula sekali Alhamdulillah dan syukur pada Ilahi dan tahniah kepada Pasukan Harimau Malaya yang berjaya merangkul kejuaraan AFF Suzuki Cup. Sudah lama berjuang kini segala pengorbanan dan cacian membuahkan hasil. Malaysia akhirnya berjaya dan membuka mata semua terutama yg mencaci mereka dahulu.

Ini juga membawa kepada Team Compressor yang mengambil langkah berani dengan menganjur 2 pertandingan Darts.

16 January 2011 - Pertandingan Darts Mentari yang akan diadakan di dewan Blok 2 Desa Mentari. Pertandingan ini terbuka kepada semua penduduk Blok 7 & 2 dan jemputan pada team-team darts tertentu. Tujuan asal pertandingan darts ini diadakan adalah utk memupuk semangat persahabatan di antara darters di blok 7 dan 2. Ia juga sebagai satu pendedahan kepada darters-darters yang tidak pernah memasuki pertandingan (atas faktor ekonomi dan masa) merasai perasaan gerun, berdebar dan gemuruh ketika bertanding. Diharap dengan pendedahan ini para darters dapat keluar dari kepompong dan bertanding di peringkat yang lebih tinggi lagi dan berjaya merangkul hadiah kemenangan yang lebih besar lagi.

13 February 2011 - Pertandingan Single Compressor Darters. Pertandingan yang diharap dapat menghimpunkan semua darters amatur. Hadiah yang lumayan disediakan. Harap para darters dapat memberi sokongan dengan menyertai pertandingan ini. Studio Compressor Darters akan menjadi venue bagi pertandingan ini.

Utuk maklumat yang lebih lanjut sila hubungi saya. Nan - 012 -360 8642

Tuesday, November 2, 2010

Kenangan 2nd Pahang Open - Part 3

Tengah berlatih stroke untuk game sebenar.....


Joe Lawan Mie


Bergambar kenangan dengan Gasing Darters.

















Kenangan 2nd Pahang Open - Part 2

salam again,

Tiada kata yang dapat diucapkan.... cuma ini yang memberi seribu kenangan....

Gasing darters dgn compressor tengah bincang apa tu !!!

Apa yang menarik sangat ceritanya sehinggakan brother Razif sampai tergelak dan brother Roslan Tersenyum...........


Brother Roslan sedang bercerita satu cerita yang......seram nak cerita......he he he... faham-faham sajalah.... David Teo suka buat cerita tu....



Brother Sam bergambar kenangan dengan Tengku...


Sejarah Tercipta pada 30/10/2010.

Salam again darters,

Pasukan dart Compressor telah mencipta sejarahnya tersendiri pada tahun 2010 ini dengan memenangi kedudukan 8 terbaik dalam pertandingan dart 2nd Pahang Open yang lepas bagi kategori '2nd Chance'.

Tahniah kepada Sam, Nan, Joe , Syah dan Hamizan kerana anda telah mencipta sejarah tersendiri walaupun baru setahun berkecimpung dalam permainan dart.
Pada undian kumpulan , compressor telah diundi dalam kumpulan 'maut' kerana berada bersama kumpulan 'my team' yang diketuai oleh brother Amin Alley dan kumpulan 'Gasing' yang diketuai oleh Brother Roslan. Compressor kalah dalam kedua-dua perlawanan.
Pada pusingan Kalah mati '2nd chance' , pusing pertama telah bertemu dengan ETIQA 'A'. Kemenangan telah berpihak kepada compressor walaupun pada awal perlawanan single dan beregu compressor kalah. Tahniah kepada Nan dan syah.. kerana anda berdua telah menjalankan tugas dengan sungguh cemerlang...dan akhirnya compressor masuk ke pusingan kedua 'TOP 8' dan akhirnya perjuangan compressor ditangguhkan oleh team MIRAGE dari Johor.

Saat Gemilang ... telah tiba.......

Medal penyuntik semangat untuk menang lagi di lain kejohanan...

Compressor darters, bergambar kenangan......

Syah a.k.a STK , siap gigit lagi pingat yang dia dapat... geram betul tu...

Ada ke !!!!!




Monday, November 1, 2010

Pahang Open - 4some Zul vs Tengku


30/10/10 - Pahang Open 4some

Perlawanan akhir 4 some single Zul (Sepang) vs Tengku (Denso) sungguh mendebarkan dengan score yang amat menakjubkan. 180, 140 dan 100 adalah mata biasa bagi pemain darters ini. Mata 60 adalah serupa mata tak berharga. Bagi pemain baru mata 60 adalah mata berharga tetapi bagi mereka mata 60 adalah fault throw bagi mereka. Pehhh...sungguh mengagumkan...


Banyak pengalaman berharga dan kawan-kawan baru disana. Pengalaman bermain dengan pemain-pemain senior seperti kumpulan MYTEAM dan GASING DARTERS amat berharga. Kami amat berterima kasih kepada Dato Azmi, Abang Amin, Abang Roslan, Abang Razif, Abang Boss, Simon, Basha dan BJ yg banyak memberi kata peransang dan tips semasa pertandingan ini.


Alhamdulillah.

Wednesday, October 27, 2010

Star-Wars Old Republic




Lari sikit dari topic darts. Kita tengok CGI video filem star wars yang paling team kami suka. Terkonang masa main game X-Wing pakai PC version 386 dulu..pehhh..main sampai subuh..macam main darts ni..MASA bagaikan air sungai, deras berlalu meninggalkan kenangan dan bekas bagi yang tahu hargai dan merenungnya. Ewahh..terkonang cenderahati Jam dinding kepada D'Taza. Mano eiii dilotaknyo..harap2 jangan jadi tompat melontar sudah sobab eeii..jam dan dart tu lebih kurang sama je..bulat dan ada nombor..hahahahha!!

Sunday, October 24, 2010

Friendly with Gasing & UPM members.

Salam Again,

Pada hujung minggu yang lepas, compressor telah menerima kunjungan seorang darter dari Gasing, KWSP dan dua orang darters dari UPM. Mereka adalah brother RAZIF dari Gasing dan AIZIL serta NIZAM dari UPM.

Kami telah mengadakan perlawanan 4some antara mereka dan kemenangan kepada compressor dengan mata 8-4.

Lepas ini ,Brother Razif bolehlah membawa darters dari Gasing iaitu Brother Roslan, Amar serta yang lain berkujung ke tempat kami.

Terima kasih buat kalian semua kerana dapat bertukar fikiran dalam memperbaiki mutu permainan kami agar lebih mantap di masa akan datang.









Saturday, October 23, 2010

Friendly matach with D'taza

Salam again, Pada malam sabtu yang lepas (22/10/2010) , Compressor telah menerima kunjungan dari pasukan d'taza . Ini adalah perlawanan persahabatan ke-2 antara kami selepas kunjungan kami ke tempat d'taza yang lepas .

Macam biasa , d'taza yang diketuai oleh The BOSS telah membawa darters yang hebat dan kuat untuk bertemu dengan kami. Perlawanan tersebut berjalan sehingga ke perlawanan Tie-Break kerana mata adalah sama 7-7 dan berlangsung sehingga jam 2 pagi. Akhirnya pada perlawanan tie break tersebut , NAN telah membuat 'game shot' di rumah 3 dan kemenangan kepada compressor.

Menang atau kalah tidak penting, pengalaman dalam menghadapi pasukan yang berpengalaman seperti d'taza itu penting. Hilangkan rasa gemuruh dan takut itu lebih penting.

Tahniah kepada NAN, JOE, CEO dan SYAH..... anda telah hilangkan rasa gemuruh itu... Kekalkan.

Kepada Boss and Co. , kami ucapkan terima kasih kerana memberikan tunjuk ajar kepada kami dalam memajukan diri dalam sukan dart. Ada kelapangan datanglah lagi ke tempat kami.

Buat iwan ........... U still the best..........!!!!!








Friendly match with Amin Alley teams




Salam again,

Pada hari rabu ( 20/10/10), compressor telah mengadakan perlawanan pemanas badan dengan pasukan amin alley di studio mereka.

Macam biasa , pasukan compressor telah dikalahkan oleh amin alley dengan keputusan 11-1. Apa yang dibanggakan ialah semangat melawan yang ada di dalam pasukan compressor apabila bertemu dengan pasukan elit seperti amin alley ini amat dibanggakan.

Banyak kelemahan dan teknik telah diluahkan oleh En. amin kepada NAN, JOE, SAM, CEO dan SYAH dalam menghadapi lawan yang lebih berpengalaman pada perlawanan sebenar nanti.

Syabas kepada compressor terutama NAN, JOE, SYAH dan CEO kerana stroke anda lebih hebat dari sebelumnya... kekalkan......


Jumpa lagi di Pahang Open... insya allah...




Thursday, October 7, 2010

Aktiviti Compressor Darters di Studio Baru !!!

Darters yang bakal mengegar pesada dart tanahair di masa akan datang........

























Comprosser Dart Studio - New Look !!

Hello Darter,

Compressor Dart Studio di Taman Kajang Jaya , Kajang telah menjalani penambah-baikan untuk menampung darters yang berminat menjalani latihannya di sini. Kami menjemput darters semua untuk singgah di sini dan sama-sama berkongsi idea untuk memajukan diri dalam permainan dart...


Dahulu...........




Masa baru berjinak-jinak dgn permainan dart......

Sekarang........









Tuesday, October 5, 2010

The new Generation of Compressor

Pemain perintis compressor di masa akan datang.....


The Dart of Brothers !!!!

Diperkenalkan ahli Compressor yang akan mengegarkan pesada dart tanahair dimasa akan datang.....tunggu.......!!!!!

Sham@Long




Nan@De



Wan@Teh



Man@Andak

The Compressor Dart Studio @ kajang

Begini rupa compressor dart studio , tempat dimana compressor team melayan stroke nya bila ada kelapangan....

Dart studio nie sedia menerima kunjungan bagi dartes yang ingin menguji strokenya bersama rakan-rakan.

Penambah-baikan akan dilakukan dari masa ke semasa....









kenangan di Kejohanan dart D'Bera 2010

salam again darters,

Kenangan di kejohanan dart terbuka D'Bera 2010.



bakal pemain dart compressor tahun 2020!!!!



Joe ... menunjukkan strokenya...



kenangan bersama abg roslan dari KWSP, Gasing Darters

Bergambar bersama Amin Alley Team di Teratak Bonda .... Kenal tak orang yang ditengah tu ?



salam again darters,
Kenangan di kejohanan dart terbuka D'Bera 2010.

Monday, October 4, 2010

Sigma 5 - specification



Sedikit spesifikasi mengenai darts unicorn sigma 5.

JKR Bera Open - 19-21/06/2010



Pada 19 - 20 / 06 / 2010 Compressor darters telah menyertai JKR Bera Open under Amin Alleys Team - tumpang untuk cari pengalaman. Malu jugak...main tah apa-apa tapi pakai nama Amin Alleys Team...bangga campur malu..apa2 terima kasih Abg Amin.

Perlawanan yg sungguh mendebarkan. Mentari Compressor hanya sempat ke 2nd round shj. kandas kpd JKR Kuantan ( Pahang Player)
Geng Gassing Darters yang turut sama datang kandas pada perlawanan separuh akhir. Tak tau mcm mana organiser atur yg pasukan gasing akan bertemu dengan Amin Alleys pad peringkat Separuh akhir.
Pada perlawanan akhir Amin Alley menjuarai kejuaraan dengan Rashdan melakukan check out D20. Tahniah Dan...
Pada team Amin Alleys - Mentari Compressor darters mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi betandang di kg kami di Bera. Makan ikan patin dan talapia BJ - best gilak...
Tahniah pada Dato' Azmi yg hebat mengatur strategi dan kata-kata semangat yang pada pendapat saya membolehkan pasukan ini memperolehi kemenangan.