Monday, May 31, 2010

Pertandingan 3-some Jemputan










25 Mei 2010 - Satu pertandingan dart jemputan Blok 2 dan Blok 7 telah diadakan. Pertandingan yang rata-ratanya melibatkan pemain-pemain baru yang amatur tetapi telah menunjukkan skill balingan yang bertaraf tournement.
Pertandingan yang julung kali diadakan ini mendapat sambutan daripada kawan-kawan yang biasa bermain dart sambil lewa dan kini didedahkan pada suasana pertandingan.

Berikut adalah pemenang2nya:

Tempat pertama : Pak Ya, Din, Labu ( LDP)
Tempat kedua : Sham, Anuar, Man ( SAM)
Tempat Ketiga : Joe, Lan, Che Oud ( Jolan )
Tempat Keempat : Nan, Sharif, Bani


Sekian














Wednesday, May 12, 2010

Jemputan Amin's Alley

Member-member Mentari Compressor mengucapkan syukur dan berterima-kasih kpd pihak Amin Alley kerana menjemput pasukan kerdil dan baru seperti kami di pertandingan yang besar dan bertanding bersama-sama pasukan heavyweight dan berpengalaman luas yang masak dengan sepak terajang pertandingan.

Banyak pengalaman dan nasihat-nasihat dari rakan-rakan seperti cara latihan dan bagaimana hendak memajukan diri dalam sukan dart ini.

Terima kasih juga kepada Abang Amin, Kakak, Basha dan Dato' Azmi yang begitu peramah dan pasukan baru seperti kami ini tidak kekok apabila berada disana.

Nasihat daripada abang Amin supaya lebih berusaha dan jangan mudah putus asa akan kami pegang dan amalkan...