Monday, March 28, 2011

Udang Mak Limah



29 March 2011 - Aku pun heran hari ni ramai sangat orang yang bercerita pasal udang, Jadi aku pun selongkar file youtube dan jumpalah lagu Rafeah Buang ni. Layan jugak melihat dan mendengarnya. Ada banyak unsur-unsur nasihat di dalamnya.


Kita mahu main darts sahaja Bro..Go..Compressor..Go Compressor..

Compressor VS Perindu Darters

21hb March 2011 Pasukan Compressor Darters telah berkunjung ke Penjara Sg.Buloh bagi menyahut pelawaan Perindu Darters bagi satu perlawanan persahabatan Darts. Terima kasih kepada Cikgu Din dan Azlan yang telah bertungkus lumus dalam perlawanan persahabatan ini. Di dalam perlawanan persahabatan ini ada 2 puteri darters yang menyertainya. Tahniah kepada perindu darters yang dapat mendidik dana melahirkan pasukan wanitanya. Bagi Perlawanan ini pasukan perindu darters telah berjaya menundukkan pasukan Compressor dengan 6 - 11. Tahniah dan Terima Kasih pada Perindu Darters yang menjamu kami dengan lampuk durian dan layanan yang mesra. Semoga kita dapat bertemu semula. Adioss amigosss...


Compressor VS Klinik CC (Persada)

23h march 2011, Gambar kenangan sepanjang persahabatan di adakan. Ada yang akan di kenang dan ada yang aan mengenang. Pisang emas dibawa belayar Masak Sebiji diatas peti Hutang emas boleh dibayar Hutang budi dibawa mati Pulau Pandan jauh ke tengah Gunung Daik bercabang Tiga Hancur badan dikandung tanah Budi yang baik di kenang jua Bisa sengatnya si ikan Keli Masam masam buah keranji Ikatnya lembu pada tali Ikatnya manusia kerana janji

Compressor Vs Klinik CC Sg.Besi (Persada)

Pada 23hb March 2011 - Kelab Compressor Darters menyambut kunjungan Kelab Darts Care & Cure yang dahulunya dikenali dengan nama Persada. Terima kasih kepada 12 pemain darts dari Persada yang sudi datang ke studio kami. Seperti yang dirancang satu pertandingan persahabatan telah diadakan dengan format berikut: Foursome (1001 x 1) 1st double (501 x 3 ) 2nd double (501 x 3 ) 3rd double (501 x 3 ) 1st Single ( 501 x 3 ) 2nd Single (501 x 3) 3rd Single (501x 3) Permainan pada malam itu sungguh sengit dengan pemain mengejar mata antara satu sama lain. Ayat-ayat mandrem juga telah keluar kumalacak, cin-cin maliau dan cin-cin kaci hamid antara ayat-ayat power yang digunakan. Apa maknanya saya pun tak tau itu kena tanya dengan Che Oud hanya dia saja yang tahu..heheehhe...Kami dalam kumpulan Compressor tahu semua itu ayat mengarut dan kelakar bagi menghilangkan gemuruh permainan di hati pemain-pemain. Sebanyak 2 pusingan telah dijalankan dan keputusannya adalah seperti berikut Pusingan Pertama (Seri) Compressor - 8 Klinik CC - 8 Pusingan Kedua (Klinik CC) Compressor - 5 Klinik CC - 9 Tahniah kepada pasukan Kinik CC yang telah berjaya menundukkan pasukan Compressor Kepada semua pemain Team Compressor dan Team Klinik CC terima kasih kerana sudi hadir dan harap dapat berjumpa lagi di dalam pertandingan yang akan datang. Kepada Helmi dan Zuki - Terima kasih kerana bersusah payah mengaturkan pertandingan ini. InsyaAllah kita kan repeat di Klinik CC pada bulan 4 ini..Tungguuuuu....

Monday, March 21, 2011

Man Raja Lawak Musim ke 5


Bangga dan Tahniah kepada Man Raja Lawak musim ke - 5. Semangat tak mengalah dan berjuang amat membanggakan Compressor Darters.
Tahniah dan semoga terus maju serta jaga diri dan hiasi pribadi.

Thursday, March 17, 2011

Liga Amins Alley

Liga Amins Alley akan berlangsung pada bulan April ini. Adakah pasukan Compressor darters akan menghantar ahli-ahlinya untuk pertandingan elit ini ?
Sudah tentu pasukan yang menyertai pertandingan ini terdiri daripada pasukan elit dari Lembah Kelang.
Untuk berada di top 4 akan menjadi sukar. Ahli-ahli Compressor Darters perlulah mempersiapkan diri dan latihan yang intensif diperlukan bagi mengharungi pertandingan ini.
Adakah kami akan menyertai ? InsyaAllah..

Thursday, March 10, 2011

Gambar



Gambar sekitar pertandingan darts persahabatan Compressor dan Kelab Darts Jabatan Penjara Malaysia
Posted by Picasa

Penjara VS Compressor (Perlawanan Persahabatan)

Pada 10 March 2011, pihak Compressor Darters berbesar hati menyambut kunjungan pihak Kelab Darts Jabatan Penjara Kajang bagi satu perlawanan persahabatan.

Pihak kelab Darts Jabatan Penjara Kajang telah menghantar seramai 11 orang pemain darts. Ini termasuk 3 orang putri Nurul, Caroline dan Suzana. Kehadiran Putri-Putri Darts ini amat menkagetkan para darters dari Compressor kerana belum ada lagi darters wanita bermain di studio Compressor Darters di Kajang.

Ini menimbulkan idea untuk menganjurkan Perlawanan Darts Wanita Double Amatur. Pihak Compressor Dartres berharap mana-mana team darters wanita dapat menghubungi kami. Jika ada team wanita yang mencukupi pihak Compressor Darters mungkin akan menganjurkan perlawanan wanita double amatur pulak.

Manakala pihak Compressor Darters seperti biasa seramai 8 orang. Ini termasuk anak didik Compressor Darters Generasi kedua Mizan dan Syahmie. Mereka berdua ini adalah anak Tok Penghulu Compressor Darters (SAM). Pada darters yang pernah menyertai pertandingan pada 13 February 2011 lepas tentu masih ingat pada mereka berdua. Pendedahan yang seluasnya diberi kepada mereka agar dapat menyambung minat dan perjuangan kami di sukan darts ini.

Sedikit laporan mengenai perlawanan persahabatan yang diadakan

Format perlawanan four-some telah dijalankan. Kedua kumpulan telah bersaing dengan semangat kesukanan yag tinggi. Mengejar dan menge"check-out" sedaya yang mungkin. Ada pemain mata larian macam ribut tetapi check macam siput. Ada pulak yang selamba tersiput-siput mengejar tetapi apabila ada rumah terus one dart check-out. Asam garam dalam permainan darts , ada hari kita boleh check ada hari hampehhh..

Keputusan

Foursome round pertama : 9 - 9
Foursome round kedua : 12 -9

Tiada menang dan kalah dalam friendly match ini. Yang menang adalah pengalaman. Pengalaman bertambah dan post-mortem harus dilakukan bagi menambah baik stroke dan check-out.

Disini pihak Compressor merakam ucappan terima kasih kepada pasukan Kelab Darts Jabatan Penjara Kajang terutama En.Din, En.Tarmizi, En.Burn, En.Samili, En.Razak, Cik Suhana, Cik Caroline, Cik Nurul dan beberapa rakan dari Jabatan Penjara Kajang yang sudi bertandang ke studio kami. Diharap datang lagi dan dapat berkongsi ilmu darts bersama-sama.


Untuk makluman semua studio kami akan di buka pada setiap hari Rabu utk latihan. Bagi pertandingan persahabatan pada masa yang dipersetujui bersama.


Salam bahagia semua.


Tazkirah Hari Jumaat


Mathematik Dalam Solat
Posted on Tuesday, March 08 @ 21:00:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: blalang

"Berapa lamakah kita solat dalam sehari semalam? Jika setiap rakaat kita anggarkan dua minit, maka dalam sehari-semalam jumlahnya ada 34 minit.

Maksudnya?

Dalam sehari hanya kita menggunakan sebanyak 2.4 % dari 1440 minit (60*24). Dalam seminggu, bererti ada 238 minit atau 3.96 jam.

Dalam sebulan, lama kita bersolat sebanyak 952 minit atau 15.86 jam. Dan setahun, ada 11,424 minit atau 190.4 jam, yang sama dengan 7.93 hari.

Jika rata-rata usia hidup manusia selama 60 tahun, dan dikurangkan dengan 10 tahun masa awal akil baligh (dewasa), maka hanya 50 tahun seseorang melaksanakan solat dalam hidupnya. Itu bermakna, sepanjang hidupnya kita melaksanakan solat fardlu selama 571,200 minit atau lebih kuranf 9.520 jam, atau 396.7 hari (1.1 tahun).

Bayangkan, selama hidup, kita hanya meruangkan masauntuk solat fardhu selama 1.1 tahun, atau dalam satu tahun hanya 7.93 hari, atau dalam satu hari hanya 34 minit. Dari sini terlihat betapa jauhnya perbandingan ketaatan kita kepada Allah SWT dengan nikmat yang diberikan-Nya kepada kita dengan nikmat usia.

Maka sangat malang, apabila ada orang yang tidak melaksanakan solat kerana alasan tidak ada masa,tak sempat atau sibuk. Padahal, jika kita jujur terhadap diri sendiri, kita boleh lama-lama berbual di telefon, di depan komputer, jalan-jalan, menonton TV,melepak dan lain-lainnya.

Ingatlah, Abu Zubair menceritakan bahawa dia mendengar Jabir bin Abdullah berkata,


”Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Antara seseorang dengan kemusyrikan dan kekafiran itu terdapat perbuatan meninggalkan solat’.” (HR Muslim).
Oleh kerana itu, jangan pernah merasa puas dan berbangga diri dengan ibadah yang telah kita laksanakan. Sebab boleh jadi ibadah kita, terutama solat, tidak akan bermakna apa-apa apabila amalan itu kita kerjakan dengan tidak ikhlas. Apalagi berharap surga. Allah menyindir orang yang demikian dengan pendusta agama. (QS Al-Maun [107]: 1-7).

Jadi, jangan hanya berangan masuk syurga dengan selembar tiket solat fardhu.

Silakan menjaring rahmat Allah dengan membuat banyak amal soleh. Berinfak,solat sunat,membaca Al-Quran, zakat, puasa, haji, berbaik dengan jiran,menyambung silaturahim, mengurus keluarga, belajar, menderma anak yatim, tidak membuang sampah sembarangan, bahkan hanya tersenyum kepada kawan pun termasuk amal soleh. Wallahualam.

Posted @ www.isuhangat.net "