Tuesday, April 26, 2011

Inilah barisan kita!!!

Untuk tatapan rakan darters sekelian...kenangan d'comp dulu..kini..selamanya..mungkin!!!



D'Comp Vs LLM





22 April 2011 - Ketika ramai sedang syok menonton Maharaja Lawak pasukan D'Comp pula sedang syok menyambut jemputan perlawanan persahabatan dengan pasukan LLM.
Banyak pengajaran didapati daripada perlawanan persahabatan ini. Stroke dan check-out yang konsisten amatlah penting bagi mencapai kemenangan.
Pada malam tersebut Saudara Hisam dari LLM dan SAM dari D'Comp merupakan otai Team masing-masing main bersungguh-sungguh tidak mahu kalah. Stroke yang konsisten dari kedua-dua pemain amat membanggakan. Score kejar-mengejar dan potong memotong. Kemenangan ditentukan siapa yang dapat rumah dulu dan berapa cepat check-out.
Terima kasih kepada kak Fatimah yang telah menyediakan jamuan Nasi Lemak. Pehhh..gila power sambal dan nasi lemaknya. Sapa-sapa tak try rugi oooo...Rugilah Abang Gasing tak rasa..menangkap oooo...
Diucapkan selamat kembali kepada pemain D'Comp Aizil yang selama ini merantau ilmu di negara Is-Sepang-Bola. Stroke makin matang dan check-out makin cantik.


Darters Azwan juga tak datang malam tersebut sebab bekerja.."Hari Jumaat saya clear claim orang bang..lambat saya balik"...heheheh..

Di sini pihak D'Comp ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En.Mansor dan Abang Musa dari LLM yang bertungkus-lumus dan berusaha bagi membolehkan pertandingan ini diadakan.



Rugilah Che Oud tak datang..hebat dua-dua wirawati ni..






Posted by Picasa














Sunday, April 24, 2011

Gasing

Sekali dia check out..berpusing..macam gasing daa..






Hehhehehe...





Tuesday, April 19, 2011

Darters Warrior

To All D'Comp Warrior,

Kuatkan semangat dan kita sudah lama bersedia. Ingat sebelum mata darts lawan menyentuh point check out. Focus and re-focus. Kita berjuang untuk kepuasan bukan untuk glory. Tinggalkan anak..tinggalkan isteri (kejap jelah mlm jumpa balik) utk KEMENANGAN..

Hayati lagu pembakar semangat ini..





We Come and We Conquer...

Darah Satria..Selamat Bejuang



Selamat Berjuang semua ahli D'Comp. Ingat pesanan Sarjan Razak dalam perjuangan satu peluru satu musuh. Dalam pertandinga darts pula Satu Dart Satu Check Out..Tiga Darts 180..Come On D'Comp we can Do It....

Thursday, April 14, 2011

You can do it!!


Come on Bro..you can do it..apa fikir-fikir lagi..Control your heart and believe in yourself.

!!We Come And We Conquer!!

Wednesday, April 13, 2011

Gambar Liga AA


Control Senyum Control Stroke...



Brother duduk katbtepi ni macam menyosal yo datang..duduk rumah tgk raja lawak best jugak..heheheh




Berkat usaha dan semangat setiakawan bantu membantu antara satu sama lain..25 % heheeheh..

Semua gambar ni aku ciluk dari blog amin...Jangan marah bang...







Liga AA - Rd 1

12 April 2011 - Bermulanya liga AA dan pasukan Compressor telah menyahut cabaran dan menyertainya. Pemain-pemain Compressor adalah campuran daripada pemain senior dan pemain junior. Liga AA yang akan berjalan selama 6 minggu akan menemukan pasukan Compressor dengan pasukan handalan daripada Lembah Kelang seperti Pasukan MAS, Pasukan Gasing, Pasukan Amin Alleys, TMSNOC, Sime Darby, Sepang, MPAJ, MTD, Etiqa, Mybank IB, Qiara dan Petronas MERC. Pehh..pasukan handalan yang tidak kenal ertimkalah dan putus asa. Malam 12 April 2011 adalah malam pembukaan Liga AA dan pasukan Compressor diberi penghormatan memulakan liga rasa seperti Piala Sumbangsih atau Charity Sheild membuka tirai Liga AA 2011. Pada malam tersebut pasukan compressor ditemukan dengan lasukan TMSnoc A. Perlawanan yang amat sengit kejar-mengejar point dikedua belahn pihak. Permainan yang agaj mengecewakan bagi psukan Compressor dimana ada antara pemain Compressor yang gugup, lost focus dan menyebabkan stroke terkucil lantas memberi peluang kepada pihak lawan mengambil kesempatan. Pihak pengurusan Compressor darters a.k.a D'Comp berharap pemain2 D'Comp cepat berlajar dari kesilapan dan menebusnya pada perlawanan seterusnya pada 20 April ini. Kemenangan bukanlah kemenangan jika tiada kepuasan didalamnya. Jadi pick it up, work hard and always focus on what you are aiming for....Ciao...

Thursday, April 7, 2011

Jadual Liga AA

07 April 2011 - Pada tarikh ini undian bagi kumpulan untuk pertandingan Liga AA yang dianjurkan oleh Amins Alley telah diadakan. Seramai 14 pasukan telah berdaftar untuk menyertai Liga AA ini dan ia akan berlangsung selama 7 minggu. Untuk tidak memanjangkan lagi tempoh pertandingan dari 14 pasukan ini ia dipecahkan kepada 2 kumpulan. Kumpulan-kumpulan yang bertanding adalah seperti berikut: Kumpulan Satu Kumpulan Dua TM Snoc A TM Snoc B MTD-Prime Petronas Amin Alley Sepang Darters Gasing Qiara Compressor Etiqa MPAJ Sime Jadual perlawanan Liga AA utk pasukan Compressor adalah seperti berikut: 12 April 2011 - Compressor Vs TM SNOC A 21 April 2011 - Compressor Vs MPAJ 27 April 2011 - Compressor Vs Amins Alley 04 May 2011 - Compressor Vs MTD-Prime 12 May 2011 - Compressor Vs Gasing 17 May 2011 - Compressor Vs Maybank-IB (Tiger) Semua perlawanan akan bermula pada pukul 09:00pm. Diharap semua ahli atau ahli bersekutu Compressor Darters yang bakal menyertai pertandingan ini bersedia dari segi mental dan fizikal. Jadual kerja hendaklah diatur dengan kemas dan teratur. Go Compressor...Go Compressor..

Tuesday, April 5, 2011

Happy Birthday Compressor Darters

Suka hati Setiausaha Kelab Darts Compressor mengumumkan Ulang Tahun Pertama Blog Mentari Compressor Darters blogspot.com pada 22 April 2011 ini.

Pihak pengurusan mengucapkan terima kasih atas sokongan dan nasihat yang diberikan oleh rakan-rakan Compressor Darters.


Sekian Terima Kasih.

Video Sekitar Perlawanan Darts



Video sekitar perlawanan Darts antara Team Compressor & Penjara Sg.Buloh. Saja je upload nak tgk jadi tak..kalau jadi slide show ni aku buat lagi..

MPAJ VS Compressor


30 April 2011 - Pada tarikh ini pihak Compressor Darters menyambut kunjungan pihak MPAJ. Pasukan ini dilatih oleh salah seoramg pemain darts terbaik Malaysia En.Raju. En.Raju seorang yang ramah dan tidak kedekut dengan ilmu darts yang dimilikinya dan pada pengamatan saya para pemainnya juga amat sayang dan hormat pada En.Raju. Pihak Compressor Darters merasakan Team MPAJ amat bertuah mendapat seorang jurulatih yang amat komited seperti En.Raju. Malam itu juga kami di kejutkan dengan kehadiran antara pemain terbaik Darts Malaysia juga iaitu En.Fauzi. Kami terharu dengan kehadiran dua jagoan darts ini. Pihak Compressor mengambil kesempatan dengan bertanya itu ini bagi menambah ilmu darts dari 2 jagoan ini. Alhamdulillah mereka tidak lokek dan sudi memberi tunjuk ajar. Terima Kasih. Berikut adalah serba sedikit gambar ketika perlawanan di adakan. Pihak Compressor ingin merakam ucapan terima kasih kepada En.Sham (MPAJ) yang berusaha bagi membolehkan perlawanan persahabatan ini diadakan. Keputusan pada malam itu setelah dijalankan 2 pusingan berkeputusan seri.

Sekian.