Ditubukan pada April 2008. Menyediakan tempat untuk latihan dan pertandingan dart di Lembah Klang. Beralamat di No: 45-1, Jalan 2/10, Taman Kajang Utama, Selangor. PDC@Kajang juga menyahut cabaran dan menyambung cita-cita dan kegemaran arwah abah mereka yang suka bermain dart. Sebarang pertanyaan sila hubungi :- Adnan: 012-360 8642 & Sham : 012-391 6327
Tuesday, September 27, 2011
Extra Time Sniper @ Compressor Darts Studio
Pasukan Compressor amat berbesar hati dan berbangga menerima kunjungan pasukan sahabat Extra Time Sniper yang datang dari Klang bagi satu perlawanan persahabatan darts.
Tujuan perlawanan persahabatan ini diadakan adalah bagi mempersiapkan diri untuk menhadapi Pahang Darts Open yang bakal diadakan pada 7-9 Oktober 2011 ini.
Terima kasih kepada Pengurus Pasukan Extra Time Mr.Pad yang sudi menerima pelawaan kami dan bermain di tempat kami.
Darters-darters yang terlibat adalah:
Extra Time
1. Mahadi
2. Viji
3. Adam Meer
4. Amran
Comp1
1. Sam
2. Nan
3. Joe
4. StK
Comp2
1. Razif
2. Syed
3. Amin
4. Abu
Terima kasih juga kepada pelawat2 yg hadir spt Khairil dan Samsul diharap dapat berkunjung lagi utk latihan.
Perlawanan semalam amat bagus Team Compressor ada peningkatan dan top player seperti Sam, Syed dan Amin amat menyerlah dan kosisten dengan balingan. Walaupun pasukan Compressor kalah tetapi tentangan yang jitu diberikan...Syabas Compressor gandakan usaha InsyaAllah kita akan berjaya.
Sekian
Monday, September 12, 2011
World Soft Tip Tournament
Ucapan Tahniah juga kepada MK yang menduduki ranking ke 70 dalam pertandingan ini. Semangat Tuan yang jitu dan tak gentar bermain di negara orang amat mengharukan. Syabas dan selamat maju jaya.
Saya mewakili pihak Compressor mengucapkan syabas kepada Tuan.
Sunday, September 11, 2011
Pahang Open
Pahang Open 2011.
Segalanya sudah bermula dan persiapan untuk menghadapinya juga harus dipertingkatkan.
Kepada semua ahli Persatuan Darts Compressor (PDC) bersedia, ambil tahu dan rajin melawat blog atau FB untuk jadual latihan dan perlawanan-perlawanan friendly yang telah diaturkan., Tindakan yang melampaui batas akan dikenakan kepada mana2 ahli yang gagal memberi komitmen yang sebaiknya..
Maju terus...