Wednesday, October 27, 2010

Star-Wars Old Republic




Lari sikit dari topic darts. Kita tengok CGI video filem star wars yang paling team kami suka. Terkonang masa main game X-Wing pakai PC version 386 dulu..pehhh..main sampai subuh..macam main darts ni..MASA bagaikan air sungai, deras berlalu meninggalkan kenangan dan bekas bagi yang tahu hargai dan merenungnya. Ewahh..terkonang cenderahati Jam dinding kepada D'Taza. Mano eiii dilotaknyo..harap2 jangan jadi tompat melontar sudah sobab eeii..jam dan dart tu lebih kurang sama je..bulat dan ada nombor..hahahahha!!

Sunday, October 24, 2010

Friendly with Gasing & UPM members.

Salam Again,

Pada hujung minggu yang lepas, compressor telah menerima kunjungan seorang darter dari Gasing, KWSP dan dua orang darters dari UPM. Mereka adalah brother RAZIF dari Gasing dan AIZIL serta NIZAM dari UPM.

Kami telah mengadakan perlawanan 4some antara mereka dan kemenangan kepada compressor dengan mata 8-4.

Lepas ini ,Brother Razif bolehlah membawa darters dari Gasing iaitu Brother Roslan, Amar serta yang lain berkujung ke tempat kami.

Terima kasih buat kalian semua kerana dapat bertukar fikiran dalam memperbaiki mutu permainan kami agar lebih mantap di masa akan datang.









Saturday, October 23, 2010

Friendly matach with D'taza

Salam again, Pada malam sabtu yang lepas (22/10/2010) , Compressor telah menerima kunjungan dari pasukan d'taza . Ini adalah perlawanan persahabatan ke-2 antara kami selepas kunjungan kami ke tempat d'taza yang lepas .

Macam biasa , d'taza yang diketuai oleh The BOSS telah membawa darters yang hebat dan kuat untuk bertemu dengan kami. Perlawanan tersebut berjalan sehingga ke perlawanan Tie-Break kerana mata adalah sama 7-7 dan berlangsung sehingga jam 2 pagi. Akhirnya pada perlawanan tie break tersebut , NAN telah membuat 'game shot' di rumah 3 dan kemenangan kepada compressor.

Menang atau kalah tidak penting, pengalaman dalam menghadapi pasukan yang berpengalaman seperti d'taza itu penting. Hilangkan rasa gemuruh dan takut itu lebih penting.

Tahniah kepada NAN, JOE, CEO dan SYAH..... anda telah hilangkan rasa gemuruh itu... Kekalkan.

Kepada Boss and Co. , kami ucapkan terima kasih kerana memberikan tunjuk ajar kepada kami dalam memajukan diri dalam sukan dart. Ada kelapangan datanglah lagi ke tempat kami.

Buat iwan ........... U still the best..........!!!!!








Friendly match with Amin Alley teams




Salam again,

Pada hari rabu ( 20/10/10), compressor telah mengadakan perlawanan pemanas badan dengan pasukan amin alley di studio mereka.

Macam biasa , pasukan compressor telah dikalahkan oleh amin alley dengan keputusan 11-1. Apa yang dibanggakan ialah semangat melawan yang ada di dalam pasukan compressor apabila bertemu dengan pasukan elit seperti amin alley ini amat dibanggakan.

Banyak kelemahan dan teknik telah diluahkan oleh En. amin kepada NAN, JOE, SAM, CEO dan SYAH dalam menghadapi lawan yang lebih berpengalaman pada perlawanan sebenar nanti.

Syabas kepada compressor terutama NAN, JOE, SYAH dan CEO kerana stroke anda lebih hebat dari sebelumnya... kekalkan......


Jumpa lagi di Pahang Open... insya allah...




Thursday, October 7, 2010

Aktiviti Compressor Darters di Studio Baru !!!

Darters yang bakal mengegar pesada dart tanahair di masa akan datang........

























Comprosser Dart Studio - New Look !!

Hello Darter,

Compressor Dart Studio di Taman Kajang Jaya , Kajang telah menjalani penambah-baikan untuk menampung darters yang berminat menjalani latihannya di sini. Kami menjemput darters semua untuk singgah di sini dan sama-sama berkongsi idea untuk memajukan diri dalam permainan dart...


Dahulu...........




Masa baru berjinak-jinak dgn permainan dart......

Sekarang........









Tuesday, October 5, 2010

The new Generation of Compressor

Pemain perintis compressor di masa akan datang.....


The Dart of Brothers !!!!

Diperkenalkan ahli Compressor yang akan mengegarkan pesada dart tanahair dimasa akan datang.....tunggu.......!!!!!

Sham@Long




Nan@De



Wan@Teh



Man@Andak

The Compressor Dart Studio @ kajang

Begini rupa compressor dart studio , tempat dimana compressor team melayan stroke nya bila ada kelapangan....

Dart studio nie sedia menerima kunjungan bagi dartes yang ingin menguji strokenya bersama rakan-rakan.

Penambah-baikan akan dilakukan dari masa ke semasa....









kenangan di Kejohanan dart D'Bera 2010

salam again darters,

Kenangan di kejohanan dart terbuka D'Bera 2010.



bakal pemain dart compressor tahun 2020!!!!



Joe ... menunjukkan strokenya...



kenangan bersama abg roslan dari KWSP, Gasing Darters

Bergambar bersama Amin Alley Team di Teratak Bonda .... Kenal tak orang yang ditengah tu ?



salam again darters,
Kenangan di kejohanan dart terbuka D'Bera 2010.

Monday, October 4, 2010

Sigma 5 - specification



Sedikit spesifikasi mengenai darts unicorn sigma 5.

JKR Bera Open - 19-21/06/2010



Pada 19 - 20 / 06 / 2010 Compressor darters telah menyertai JKR Bera Open under Amin Alleys Team - tumpang untuk cari pengalaman. Malu jugak...main tah apa-apa tapi pakai nama Amin Alleys Team...bangga campur malu..apa2 terima kasih Abg Amin.

Perlawanan yg sungguh mendebarkan. Mentari Compressor hanya sempat ke 2nd round shj. kandas kpd JKR Kuantan ( Pahang Player)
Geng Gassing Darters yang turut sama datang kandas pada perlawanan separuh akhir. Tak tau mcm mana organiser atur yg pasukan gasing akan bertemu dengan Amin Alleys pad peringkat Separuh akhir.
Pada perlawanan akhir Amin Alley menjuarai kejuaraan dengan Rashdan melakukan check out D20. Tahniah Dan...
Pada team Amin Alleys - Mentari Compressor darters mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi betandang di kg kami di Bera. Makan ikan patin dan talapia BJ - best gilak...
Tahniah pada Dato' Azmi yg hebat mengatur strategi dan kata-kata semangat yang pada pendapat saya membolehkan pasukan ini memperolehi kemenangan.













Friendly Dtaza Darters


Pada 29/07/2010 diadakan pula pertandingan darts persahabatan bersama D'Taza darters.


Kali ini kami pula berkunjug ke bandar Seremban melawat HQ D'Taza darters.


Terima kasih kepada AJK D'Taza darters terutama Boss D'Taza yg amat ramah dan sudi menerima perlawaan kami.


Suasana best, suasana santai dan teruk jugak kita kena bantai..D'Taza (11) - (7) Mentari Compressor.


Lupa pulak..makan pun best..siap jamu buah rambutan lagi.

Ketha Friendly




Pada 02/07/2010, Satu pertandingan persahabatan dengan Ketha Darters tekah diadakan di Mentari Compressor Darters Darts Studio di Kajang.

Tujuan perlawanan persahabatan ini diadakan adalah bagi memperkenal darts studio Mentari Compressor kpd semua darters yang yang terletak di bandar kajang berdekatan dengan Pejabat MIROS.
Para darters dari kajang dan kawasan yang berdekatan jika ada masa dan kesudian harap dapat berkunjung ke studio kami.
Bayaran sur-charge yang minima akan dikenakan bagi tujuan kelansungan darts studio ini.
utk maklumat lanjut boleh telefon:
Nan - 012 - 360 8642
sham - 019 - 3916763

Single Best



Selepas 3 some diadakan pula single best.
Tempat pertama - Sham
Tempat kedua - Abg Kamal
Temat Ketiga - Zam
Terima kasih kpd Abang Amin dan Dato' Azmi yg sudi menyampaikan hadiah kpd pemenang.



Sunday, October 3, 2010

Hari Penyampaian Hadiah - 3 some









Pada 23/06/2010 Kejohanan 3 some Mentari Darters telah diadakan. Pertandingan tertutup ini terdiri daripada semua darters-darters amatur yg baru berjinak-jinak dengan sukan darts.
Terima kasih tidak terhingga kpd Dato' Azmi , En.Amin "WoW" Abdul Ghani dan Amin Alleys Darters yg sudi datang dan berkongsi pengalaman mengenai sukan darts dan bagaimana hendak maju dalam sukan ini.
Juara bagi 3 some adalah dari kumpulan yang dianggotai oleh Din, Labu dan Pak Ya