Wednesday, December 29, 2010

Compressor Darts Challenge


Salam Sejahtera Semua,




Mula-mula sekali Alhamdulillah dan syukur pada Ilahi dan tahniah kepada Pasukan Harimau Malaya yang berjaya merangkul kejuaraan AFF Suzuki Cup. Sudah lama berjuang kini segala pengorbanan dan cacian membuahkan hasil. Malaysia akhirnya berjaya dan membuka mata semua terutama yg mencaci mereka dahulu.

Ini juga membawa kepada Team Compressor yang mengambil langkah berani dengan menganjur 2 pertandingan Darts.

16 January 2011 - Pertandingan Darts Mentari yang akan diadakan di dewan Blok 2 Desa Mentari. Pertandingan ini terbuka kepada semua penduduk Blok 7 & 2 dan jemputan pada team-team darts tertentu. Tujuan asal pertandingan darts ini diadakan adalah utk memupuk semangat persahabatan di antara darters di blok 7 dan 2. Ia juga sebagai satu pendedahan kepada darters-darters yang tidak pernah memasuki pertandingan (atas faktor ekonomi dan masa) merasai perasaan gerun, berdebar dan gemuruh ketika bertanding. Diharap dengan pendedahan ini para darters dapat keluar dari kepompong dan bertanding di peringkat yang lebih tinggi lagi dan berjaya merangkul hadiah kemenangan yang lebih besar lagi.

13 February 2011 - Pertandingan Single Compressor Darters. Pertandingan yang diharap dapat menghimpunkan semua darters amatur. Hadiah yang lumayan disediakan. Harap para darters dapat memberi sokongan dengan menyertai pertandingan ini. Studio Compressor Darters akan menjadi venue bagi pertandingan ini.

Utuk maklumat yang lebih lanjut sila hubungi saya. Nan - 012 -360 8642