Saturday, October 23, 2010

Friendly matach with D'taza

Salam again, Pada malam sabtu yang lepas (22/10/2010) , Compressor telah menerima kunjungan dari pasukan d'taza . Ini adalah perlawanan persahabatan ke-2 antara kami selepas kunjungan kami ke tempat d'taza yang lepas .

Macam biasa , d'taza yang diketuai oleh The BOSS telah membawa darters yang hebat dan kuat untuk bertemu dengan kami. Perlawanan tersebut berjalan sehingga ke perlawanan Tie-Break kerana mata adalah sama 7-7 dan berlangsung sehingga jam 2 pagi. Akhirnya pada perlawanan tie break tersebut , NAN telah membuat 'game shot' di rumah 3 dan kemenangan kepada compressor.

Menang atau kalah tidak penting, pengalaman dalam menghadapi pasukan yang berpengalaman seperti d'taza itu penting. Hilangkan rasa gemuruh dan takut itu lebih penting.

Tahniah kepada NAN, JOE, CEO dan SYAH..... anda telah hilangkan rasa gemuruh itu... Kekalkan.

Kepada Boss and Co. , kami ucapkan terima kasih kerana memberikan tunjuk ajar kepada kami dalam memajukan diri dalam sukan dart. Ada kelapangan datanglah lagi ke tempat kami.

Buat iwan ........... U still the best..........!!!!!








No comments:

Post a Comment