Tuesday, April 26, 2011

D'Comp Vs LLM





22 April 2011 - Ketika ramai sedang syok menonton Maharaja Lawak pasukan D'Comp pula sedang syok menyambut jemputan perlawanan persahabatan dengan pasukan LLM.
Banyak pengajaran didapati daripada perlawanan persahabatan ini. Stroke dan check-out yang konsisten amatlah penting bagi mencapai kemenangan.
Pada malam tersebut Saudara Hisam dari LLM dan SAM dari D'Comp merupakan otai Team masing-masing main bersungguh-sungguh tidak mahu kalah. Stroke yang konsisten dari kedua-dua pemain amat membanggakan. Score kejar-mengejar dan potong memotong. Kemenangan ditentukan siapa yang dapat rumah dulu dan berapa cepat check-out.
Terima kasih kepada kak Fatimah yang telah menyediakan jamuan Nasi Lemak. Pehhh..gila power sambal dan nasi lemaknya. Sapa-sapa tak try rugi oooo...Rugilah Abang Gasing tak rasa..menangkap oooo...
Diucapkan selamat kembali kepada pemain D'Comp Aizil yang selama ini merantau ilmu di negara Is-Sepang-Bola. Stroke makin matang dan check-out makin cantik.


Darters Azwan juga tak datang malam tersebut sebab bekerja.."Hari Jumaat saya clear claim orang bang..lambat saya balik"...heheheh..

Di sini pihak D'Comp ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En.Mansor dan Abang Musa dari LLM yang bertungkus-lumus dan berusaha bagi membolehkan pertandingan ini diadakan.



Rugilah Che Oud tak datang..hebat dua-dua wirawati ni..






Posted by Picasa














No comments:

Post a Comment