Thursday, March 10, 2011

Penjara VS Compressor (Perlawanan Persahabatan)

Pada 10 March 2011, pihak Compressor Darters berbesar hati menyambut kunjungan pihak Kelab Darts Jabatan Penjara Kajang bagi satu perlawanan persahabatan.

Pihak kelab Darts Jabatan Penjara Kajang telah menghantar seramai 11 orang pemain darts. Ini termasuk 3 orang putri Nurul, Caroline dan Suzana. Kehadiran Putri-Putri Darts ini amat menkagetkan para darters dari Compressor kerana belum ada lagi darters wanita bermain di studio Compressor Darters di Kajang.

Ini menimbulkan idea untuk menganjurkan Perlawanan Darts Wanita Double Amatur. Pihak Compressor Dartres berharap mana-mana team darters wanita dapat menghubungi kami. Jika ada team wanita yang mencukupi pihak Compressor Darters mungkin akan menganjurkan perlawanan wanita double amatur pulak.

Manakala pihak Compressor Darters seperti biasa seramai 8 orang. Ini termasuk anak didik Compressor Darters Generasi kedua Mizan dan Syahmie. Mereka berdua ini adalah anak Tok Penghulu Compressor Darters (SAM). Pada darters yang pernah menyertai pertandingan pada 13 February 2011 lepas tentu masih ingat pada mereka berdua. Pendedahan yang seluasnya diberi kepada mereka agar dapat menyambung minat dan perjuangan kami di sukan darts ini.

Sedikit laporan mengenai perlawanan persahabatan yang diadakan

Format perlawanan four-some telah dijalankan. Kedua kumpulan telah bersaing dengan semangat kesukanan yag tinggi. Mengejar dan menge"check-out" sedaya yang mungkin. Ada pemain mata larian macam ribut tetapi check macam siput. Ada pulak yang selamba tersiput-siput mengejar tetapi apabila ada rumah terus one dart check-out. Asam garam dalam permainan darts , ada hari kita boleh check ada hari hampehhh..

Keputusan

Foursome round pertama : 9 - 9
Foursome round kedua : 12 -9

Tiada menang dan kalah dalam friendly match ini. Yang menang adalah pengalaman. Pengalaman bertambah dan post-mortem harus dilakukan bagi menambah baik stroke dan check-out.

Disini pihak Compressor merakam ucappan terima kasih kepada pasukan Kelab Darts Jabatan Penjara Kajang terutama En.Din, En.Tarmizi, En.Burn, En.Samili, En.Razak, Cik Suhana, Cik Caroline, Cik Nurul dan beberapa rakan dari Jabatan Penjara Kajang yang sudi bertandang ke studio kami. Diharap datang lagi dan dapat berkongsi ilmu darts bersama-sama.


Untuk makluman semua studio kami akan di buka pada setiap hari Rabu utk latihan. Bagi pertandingan persahabatan pada masa yang dipersetujui bersama.


Salam bahagia semua.


No comments:

Post a Comment