Saturday, June 12, 2010

Best Of The Best - Top 16

Pusingan kalah mati telah bermula dan debaran kian kencang . Semua perlawanan dijalankan sebanyak 501 x 5. Berikut adalah keputusan perlawanan:-

1. Zaid lwn Anuar.
Keputusan : 3 berbalas 2.

Komen : Zaid menunjukan belangnya drp 'chucker' kepada sharp shooter pada mlm tu!

2. CEO lwn Saiful.
Keputusan : 3 berbalas 2.

Komen : CEO telah menunjukan stail yang tersendiri semasa membaling dart dan mendapat kemenangan yang telah dijangka pada malam tu.

3. Zam lwn Hafiz.
Keputusan : 3 berbalas 2.

Komen : Anak Beranak telah bertarung dan seperti dijangka bapanya telah memenangi perlawanan tersebut. Apa jua pun , tahniah diucapkan kepada Hafiz kerana menunjukan semangat juang yang tinggi walaupun baru berusia 15 tahun.

4. Din lwn Nan.
Keputusan : 0 berbalas 3.


Komen : Salah satu perlawanan tumpuan pada malam itu kerana mereka adalah pasukan 'Mentari Compressor' yang bertanding dalam Liga Amin Alley yang lalu. Upset telah terjadi pada malam itu dengan Nan telah mengalahkan Din dengan straight set. Nan teleh menunjukan kemampuan yang sebenar malam itu. Tahniah bro !!!!

5. Joe lwn Kamal.
Keputusan : 2 berbalas 3.

Komen : Upset telah terjadi pada perlawanan tersebut di mana Joe, salah seorang pemain Mentari Compressor yang bertanding dalam Liga Amin Alley yang lalu telah kalah kepada Kamal dalam satu perlawanan yang sengit. Apa jua pun, tahniah kepada kedua-dua pemain yang menunjukan satu perlawanan yang hebat malam itu.

6. Pak Ya lwn Awie.
Keputusan : 3 berbalas 0.


Komen : Pak Ya telah menang percuma malam itu kerana Awie 'show off''.

7. Sham lwn Man.
Keputusan : 3 berbalas 1.

Komen : Tiada masalah buat Sham untuk memenangi perlawanan tersebut kerana Man pada malam itu 'off form'.

8. Bani lwn Lan.
Keputusan : 3 berbalas 0.


Komen : Bani telah menang percuma malam itu kerana Lan 'show off''.


Berikut adalah pemain yang layak untuk masuk ke perlawanan 'top 8' yang dijalankan sebanyak 501 X 7.

1. Zaid lawan CEO
2. Zam lawan Nan
3. Kamal lawan Pak Ya.
4. Sham lawn Bani.

jumpa lagi di perlawanan 'TOP 8'.

No comments:

Post a Comment