Ditubukan pada April 2008. Menyediakan tempat untuk latihan dan pertandingan dart di Lembah Klang. Beralamat di No: 45-1, Jalan 2/10, Taman Kajang Utama, Selangor. PDC@Kajang juga menyahut cabaran dan menyambung cita-cita dan kegemaran arwah abah mereka yang suka bermain dart. Sebarang pertanyaan sila hubungi :- Adnan: 012-360 8642 & Sham : 012-391 6327
Tuesday, April 26, 2011
Inilah barisan kita!!!
D'Comp Vs LLM
22 April 2011 - Ketika ramai sedang syok menonton Maharaja Lawak pasukan D'Comp pula sedang syok menyambut jemputan perlawanan persahabatan dengan pasukan LLM.
Banyak pengajaran didapati daripada perlawanan persahabatan ini. Stroke dan check-out yang konsisten amatlah penting bagi mencapai kemenangan.
Pada malam tersebut Saudara Hisam dari LLM dan SAM dari D'Comp merupakan otai Team masing-masing main bersungguh-sungguh tidak mahu kalah. Stroke yang konsisten dari kedua-dua pemain amat membanggakan. Score kejar-mengejar dan potong memotong. Kemenangan ditentukan siapa yang dapat rumah dulu dan berapa cepat check-out.
Terima kasih kepada kak Fatimah yang telah menyediakan jamuan Nasi Lemak. Pehhh..gila power sambal dan nasi lemaknya. Sapa-sapa tak try rugi oooo...Rugilah Abang Gasing tak rasa..menangkap oooo...
Diucapkan selamat kembali kepada pemain D'Comp Aizil yang selama ini merantau ilmu di negara Is-Sepang-Bola. Stroke makin matang dan check-out makin cantik.
Darters Azwan juga tak datang malam tersebut sebab bekerja.."Hari Jumaat saya clear claim orang bang..lambat saya balik"...heheheh..
Di sini pihak D'Comp ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En.Mansor dan Abang Musa dari LLM yang bertungkus-lumus dan berusaha bagi membolehkan pertandingan ini diadakan.


Sunday, April 24, 2011
Tuesday, April 19, 2011
Darters Warrior
Kuatkan semangat dan kita sudah lama bersedia. Ingat sebelum mata darts lawan menyentuh point check out. Focus and re-focus. Kita berjuang untuk kepuasan bukan untuk glory. Tinggalkan anak..tinggalkan isteri (kejap jelah mlm jumpa balik) utk KEMENANGAN..
Hayati lagu pembakar semangat ini..
We Come and We Conquer...
Darah Satria..Selamat Bejuang
Selamat Berjuang semua ahli D'Comp. Ingat pesanan Sarjan Razak dalam perjuangan satu peluru satu musuh. Dalam pertandinga darts pula Satu Dart Satu Check Out..Tiga Darts 180..Come On D'Comp we can Do It....
Thursday, April 14, 2011
You can do it!!
Wednesday, April 13, 2011
Gambar Liga AA
Control Senyum Control Stroke...
Brother duduk katbtepi ni macam menyosal yo datang..duduk rumah tgk raja lawak best jugak..heheheh
Berkat usaha dan semangat setiakawan bantu membantu antara satu sama lain..25 % heheeheh..
Liga AA - Rd 1
12 April 2011 - Bermulanya liga AA dan pasukan Compressor telah menyahut cabaran dan menyertainya. Pemain-pemain Compressor adalah campuran daripada pemain senior dan pemain junior. Liga AA yang akan berjalan selama 6 minggu akan menemukan pasukan Compressor dengan pasukan handalan daripada Lembah Kelang seperti Pasukan MAS, Pasukan Gasing, Pasukan Amin Alleys, TMSNOC, Sime Darby, Sepang, MPAJ, MTD, Etiqa, Mybank IB, Qiara dan Petronas MERC. Pehh..pasukan handalan yang tidak kenal ertimkalah dan putus asa. Malam 12 April 2011 adalah malam pembukaan Liga AA dan pasukan Compressor diberi penghormatan memulakan liga rasa seperti Piala Sumbangsih atau Charity Sheild membuka tirai Liga AA 2011. Pada malam tersebut pasukan compressor ditemukan dengan lasukan TMSnoc A. Perlawanan yang amat sengit kejar-mengejar point dikedua belahn pihak. Permainan yang agaj mengecewakan bagi psukan Compressor dimana ada antara pemain Compressor yang gugup, lost focus dan menyebabkan stroke terkucil lantas memberi peluang kepada pihak lawan mengambil kesempatan. Pihak pengurusan Compressor darters a.k.a D'Comp berharap pemain2 D'Comp cepat berlajar dari kesilapan dan menebusnya pada perlawanan seterusnya pada 20 April ini. Kemenangan bukanlah kemenangan jika tiada kepuasan didalamnya. Jadi pick it up, work hard and always focus on what you are aiming for....Ciao...Thursday, April 7, 2011
Jadual Liga AA
Tuesday, April 5, 2011
Happy Birthday Compressor Darters
Suka hati Setiausaha Kelab Darts Compressor mengumumkan Ulang Tahun Pertama Blog Mentari Compressor Darters blogspot.com pada 22 April 2011 ini. Video Sekitar Perlawanan Darts
Video sekitar perlawanan Darts antara Team Compressor & Penjara Sg.Buloh. Saja je upload nak tgk jadi tak..kalau jadi slide show ni aku buat lagi..
MPAJ VS Compressor
Malam itu juga kami di kejutkan dengan kehadiran antara pemain terbaik Darts Malaysia juga iaitu En.Fauzi. Kami terharu dengan kehadiran dua jagoan darts ini. Pihak Compressor mengambil kesempatan dengan bertanya itu ini bagi menambah ilmu darts dari 2 jagoan ini. Alhamdulillah mereka tidak lokek dan sudi memberi tunjuk ajar. Terima Kasih. Berikut adalah serba sedikit gambar ketika perlawanan di adakan. Pihak Compressor ingin merakam ucapan terima kasih kepada En.Sham (MPAJ) yang berusaha bagi membolehkan perlawanan persahabatan ini diadakan. Keputusan pada malam itu setelah dijalankan 2 pusingan berkeputusan seri.

Rugilah Che Oud tak datang..hebat dua-dua wirawati ni..


