Wednesday, October 27, 2010

Star-Wars Old Republic




Lari sikit dari topic darts. Kita tengok CGI video filem star wars yang paling team kami suka. Terkonang masa main game X-Wing pakai PC version 386 dulu..pehhh..main sampai subuh..macam main darts ni..MASA bagaikan air sungai, deras berlalu meninggalkan kenangan dan bekas bagi yang tahu hargai dan merenungnya. Ewahh..terkonang cenderahati Jam dinding kepada D'Taza. Mano eiii dilotaknyo..harap2 jangan jadi tompat melontar sudah sobab eeii..jam dan dart tu lebih kurang sama je..bulat dan ada nombor..hahahahha!!

Sunday, October 24, 2010

Friendly with Gasing & UPM members.

Salam Again,

Pada hujung minggu yang lepas, compressor telah menerima kunjungan seorang darter dari Gasing, KWSP dan dua orang darters dari UPM. Mereka adalah brother RAZIF dari Gasing dan AIZIL serta NIZAM dari UPM.

Kami telah mengadakan perlawanan 4some antara mereka dan kemenangan kepada compressor dengan mata 8-4.

Lepas ini ,Brother Razif bolehlah membawa darters dari Gasing iaitu Brother Roslan, Amar serta yang lain berkujung ke tempat kami.

Terima kasih buat kalian semua kerana dapat bertukar fikiran dalam memperbaiki mutu permainan kami agar lebih mantap di masa akan datang.









Saturday, October 23, 2010

Friendly matach with D'taza

Salam again, Pada malam sabtu yang lepas (22/10/2010) , Compressor telah menerima kunjungan dari pasukan d'taza . Ini adalah perlawanan persahabatan ke-2 antara kami selepas kunjungan kami ke tempat d'taza yang lepas .

Macam biasa , d'taza yang diketuai oleh The BOSS telah membawa darters yang hebat dan kuat untuk bertemu dengan kami. Perlawanan tersebut berjalan sehingga ke perlawanan Tie-Break kerana mata adalah sama 7-7 dan berlangsung sehingga jam 2 pagi. Akhirnya pada perlawanan tie break tersebut , NAN telah membuat 'game shot' di rumah 3 dan kemenangan kepada compressor.

Menang atau kalah tidak penting, pengalaman dalam menghadapi pasukan yang berpengalaman seperti d'taza itu penting. Hilangkan rasa gemuruh dan takut itu lebih penting.

Tahniah kepada NAN, JOE, CEO dan SYAH..... anda telah hilangkan rasa gemuruh itu... Kekalkan.

Kepada Boss and Co. , kami ucapkan terima kasih kerana memberikan tunjuk ajar kepada kami dalam memajukan diri dalam sukan dart. Ada kelapangan datanglah lagi ke tempat kami.

Buat iwan ........... U still the best..........!!!!!