Wednesday, December 28, 2011

Game Single Compressor ACC311

Perhatian kepada semua peserta yang telah mendaftar untuk game Single Compressor pada hari Sabtu 31/12/2011.Undian untuk kumpulan akan diadakan pada hari Khamis ini pada pukul 09:00mlm. Diharap mana2 peserta yang ada kelapangan harap dapat hadir utk menyaksikan proses undian ini.MaklumatJumlah peserta yang telah mendaftar adalah seramai 64 orang. Pihak pengurusan telah memutuskan untuk memecahkan 64 orang ini kepada 8 kumpulan dan dalam setiap kumpulan akan ada 8 peserta. Ini mematuhi polisi pertandingan Compressor darters iaitu "Main sampai muntah hijau".Dari 8 kumpulan ini akan dpecahkan kepada 2 sessi perlawanan. Sesi pagi - bermula pukul 10:00pagi (Dijangka akan berakhir pada pkl 1:30ptg)Sesi petang - bermula pukul 2:00ptg (Dijangkan akan berakhir pada pkl 5:30ptg)Pada pkl 06:00ptg pula perlawanan winner pool dan looser akan bermula. Perlawanan ini akan berlanjutan sehingga semua perlawanan selesai.Winner pool - 4 teratas dalam setiap kumpulan.Looser pool - 4 terbawah dalam setiap kumpulan.Pihak pengurusan mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada semua yang menyertai pertandingan single compressor amateur ini.Sekian.

1 comment: