Tuesday, October 25, 2011

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Semua.

Sukacita dimaklum quota untun pertandingan double darts di Compressor pada 29-30 hb Oktober 2011 sudah mencapai ke hadnya. Terima kasih kepada kawan2 darters yang sudi memberi sokongan sekali lagi bagi pertandingan darts ini yang dianjurkan oleh Compressor Darters.Beribu-ribu maaf dipinta kepada pasukan-pasukan yang terpaksa kami tolak peryertaannya atas ...faktor ruang dan masa.

Di harap kemaafan kami mampu memadam kegurisan hati dan InsyaAllah tidak kecewa dan akan turut serta menyertai pertandingan-pertandingan yang akan dianjurkan oleh Compressor darters dimasa-masa hadapan. InsyaAllah jika ada rezeki kami akan anjurkan pertandingan yang lebih besar dimana tidak ada had penyertaan dan wang hadiah yang lebih lumayan.Sekali lagi pihak penganjur memohon kemaafan.Dengan rasminya saya menutup pendaftaran utk pertandingan double darts Compressor yang akan diadakan pada 29-30hb ini.

Cabutan undian utk pertandingan akan di adakan pada 26 hb Oktober 2011 pada pkl 10:00mlm dan semua dijemput bagi menghadiri dan menyaksikan proses cabutan undi ini.

Pertandingan pada 29-30hb ini akan diadakan dalam 2 sesi:

Sesi pertama : Pkl 10:00 pagi
Sesi kedua : Pkl 2:00 petang
* Sesi kedua akan bermula sebaik sesi pertama berakhir.

Pada 26/10/11 selepas proses cabutan undian. Semua team atau melalui wakilnya akan dimaklumkan berada di sesi pertama atau kedua. Sesi yang dimaklumkan adalah muktamad.Semua darters diharap sampai tepat pada masanya ketika hari pertandingan bagi tidak menganggu perjalanan proses pertandingan.

Pada pasukan yang baru pertama kali menjejaki kaki ke studio Compressor diharap dapat merujuk kepada peta yang saya uploadkan dlm wall Compressor Darters sebelum ini.Diingatkan pakaian ketika pertandingan adalah baju berkolar, berkasut dan pemakaian seluar jeans adalah dibenarkan tetapi hendaklah tidak jenis koyak dan kemas.

Sekian.

No comments:

Post a Comment