Monday, August 15, 2011

Compressor Amateur Double Darts Challenge


Cabaran Darts Single dan Darts Single Revenge telah kita sahut dan tempuh. Disini pihak pengurusan Compressor Darters menjemput tuan-tuan, puan-puan dan tuan-puan bagi menyertai pertandingn yang kesekian kalinya dianjurkan oleh Compressor darters "Compressor Darters Amateur Double Darts Challenge" yang akan diadakan pada 29-30 October 2011. Yuran penyertaan bagi mengekalkan status amateur di kekalkan pada RM50 bagi satu pasukan.

Diharap pada mana-mana pasukan yangb berminat sila daftar awal dan kalau boleh bank-in yuran penyertaan ke dalam akaun MBB 162487121398 utk pengesahan untuk berrtanding.

Pertandingan ini terbukja kepada semua pemain amatur dan pihak penganjur berhak menolak mana2 peserta yang pada pendapat pihak penganjur melebihi taraf amatur dan tidak setanding dengan para peserta yang bertanding.

Berikut adalah agenda bagi pertandingan tersebut:

26 October 2011


  • Semua nama dan bayaran penyertaan telah di selesaikan oleh para peserta.

  • Undian bagi kumpulan akan diadakan pada malam 26 October 2011 pkl 10:00mlm

  • Para peserta akan diberitahu melalui sms kumpulan dan sesi waktu bermain.

29 October 2011



  • Sesi pertama akan bermula pada pukul 10:00am

  • Kumpulan yang diundi dan berada di kumpulan 1 - 4 akan bermain pada sesi pertama (10:00am)

  • Sesi kedua akan bermula pada pukul 02:00pm

  • Kumpulan yang diundi dan berada di kumpulan 5 - 8 akan bermain pada sesi kedua (02:00pm)

  • 4 terbaik dari setiap kumpulan akan bermain di winner pool

  • 4 terbawah dari setiap kumpulan akan bermain di looser pool

  • Setiap peserta wajib menjadi chalker atau mewakilkan seseorang menjadi chalker bagi pihaknya. Kegagalan peserta menyediakan chalker akan menyebabkan kemenangannya yang sebelum ini tidak dikira dan diberi kepada peserta yang bertanding denganya sebelum itu.

30 October 2011



  • Sesi Looser pool @ 2nd chance akan bermula pada pkl 10:00am.

  • Sesi Winner pool akan bermula pada pkl 02:00pm

  • Mana-mana pemain yang 10 minit tidak berada di oche pertandingan yg ditentukan oleh pihak penganjur adalah dikira "walk-over" dan mata kemenangan diberi kepada peserta yang menunggu.

Mata kemenangan



  • Dalam permainan dalam kumpulan mata kemenangan adalah 1 bagi setiap kemenangan dan 0 bagi setiap kekalahan.

  • Penentuan posisi dalam kumpulan setelah semua permainan tamat. Mula2 mata kemenanagan dikira dahulu, jika ada peserta mempunyai jumlah mata kemenangan yang sama mata kemenangan dalam leg dikira, dan jika masih seri, mata kekalahan dalam leg di kira, jika masih seri ditentukan semasa perlawanan kumpulan siapa yang menang dan siapa yang kalah. Kemenangan adalah berpihak kepada siapa yang menang ketika perlawanan peringkat kumpulan.

  • Semua keputusan dan peraturan adalah dirujuk dan ditentukan oleh Pihak Penganjur.

No comments:

Post a Comment