Ditubukan pada April 2008. Menyediakan tempat untuk latihan dan pertandingan dart di Lembah Klang. Beralamat di No: 45-1, Jalan 2/10, Taman Kajang Utama, Selangor. PDC@Kajang juga menyahut cabaran dan menyambung cita-cita dan kegemaran arwah abah mereka yang suka bermain dart. Sebarang pertanyaan sila hubungi :- Adnan: 012-360 8642 & Sham : 012-391 6327
Tuesday, November 2, 2010
Kenangan 2nd Pahang Open - Part 2



Sejarah Tercipta pada 30/10/2010.
Pasukan dart Compressor telah mencipta sejarahnya tersendiri pada tahun 2010 ini dengan memenangi kedudukan 8 terbaik dalam pertandingan dart 2nd Pahang Open yang lepas bagi kategori '2nd Chance'.
Tahniah kepada Sam, Nan, Joe , Syah dan Hamizan kerana anda telah mencipta sejarah tersendiri walaupun baru setahun berkecimpung dalam permainan dart.
Monday, November 1, 2010
Pahang Open - 4some Zul vs Tengku
30/10/10 - Pahang Open 4some
Perlawanan akhir 4 some single Zul (Sepang) vs Tengku (Denso) sungguh mendebarkan dengan score yang amat menakjubkan. 180, 140 dan 100 adalah mata biasa bagi pemain darters ini. Mata 60 adalah serupa mata tak berharga. Bagi pemain baru mata 60 adalah mata berharga tetapi bagi mereka mata 60 adalah fault throw bagi mereka. Pehhh...sungguh mengagumkan...
Banyak pengalaman berharga dan kawan-kawan baru disana. Pengalaman bermain dengan pemain-pemain senior seperti kumpulan MYTEAM dan GASING DARTERS amat berharga. Kami amat berterima kasih kepada Dato Azmi, Abang Amin, Abang Roslan, Abang Razif, Abang Boss, Simon, Basha dan BJ yg banyak memberi kata peransang dan tips semasa pertandingan ini.
Alhamdulillah.