Monday, March 28, 2011

Udang Mak Limah



29 March 2011 - Aku pun heran hari ni ramai sangat orang yang bercerita pasal udang, Jadi aku pun selongkar file youtube dan jumpalah lagu Rafeah Buang ni. Layan jugak melihat dan mendengarnya. Ada banyak unsur-unsur nasihat di dalamnya.


Kita mahu main darts sahaja Bro..Go..Compressor..Go Compressor..

Compressor VS Perindu Darters

21hb March 2011 Pasukan Compressor Darters telah berkunjung ke Penjara Sg.Buloh bagi menyahut pelawaan Perindu Darters bagi satu perlawanan persahabatan Darts. Terima kasih kepada Cikgu Din dan Azlan yang telah bertungkus lumus dalam perlawanan persahabatan ini. Di dalam perlawanan persahabatan ini ada 2 puteri darters yang menyertainya. Tahniah kepada perindu darters yang dapat mendidik dana melahirkan pasukan wanitanya. Bagi Perlawanan ini pasukan perindu darters telah berjaya menundukkan pasukan Compressor dengan 6 - 11. Tahniah dan Terima Kasih pada Perindu Darters yang menjamu kami dengan lampuk durian dan layanan yang mesra. Semoga kita dapat bertemu semula. Adioss amigosss...


Compressor VS Klinik CC (Persada)

23h march 2011, Gambar kenangan sepanjang persahabatan di adakan. Ada yang akan di kenang dan ada yang aan mengenang. Pisang emas dibawa belayar Masak Sebiji diatas peti Hutang emas boleh dibayar Hutang budi dibawa mati Pulau Pandan jauh ke tengah Gunung Daik bercabang Tiga Hancur badan dikandung tanah Budi yang baik di kenang jua Bisa sengatnya si ikan Keli Masam masam buah keranji Ikatnya lembu pada tali Ikatnya manusia kerana janji