Thursday, January 20, 2011

Mentari Single Darts Challenge

Assalamualaikum Semua,

Alhamdulillah dan syukur pada Ilahi Compressor Darters telah berjaya menganjurkan satu pertandingan single darts jemputan.
Terima kasih kepada Abang Amin, Abang Razif, Abang Roslan dan Abang Roslan, sekadar menyebut beberapa nama, yang merupakan mentor kami yang selama ini memberi tunjuk ajar dan nasihat. Kehadiran mereka yahg sudi datang pada hari pertandingan merupakan sokongan moral pada kami bagi menjayakan program darts ini
Terima kasih juga diucapkan kepada Team-team seperti Ketha, MAS Engineering, Gasing Darters, UPNM dan LLM yang memberi sokongan menjayakan program ini.
Pertandingan dimulakan dengan kata-kata nasihat dari En.Amin Abdul Ghani yang menasihatkan para pemain supaya rajin membuat latihan dna tidak takut untuk menyertai sebarang pertandingan. En.Amin juga telah bermurah hati dengan memberi wang tambahan bagi menambah hadiah wang pertandingan.
Seramai 40 orang telah mendaftar untuk menyertai pertandingan darts ini. Sebanyak lapan (8) board darts telah disediakan bagi pertandingan ini. Pertandingan dimulakan dengan pertandingan kumpulan dengan pemain di bahagikan dalam 8 kumpulan. 3 terbaik didalam kumpulan akan bertanding pula di dalam "winner pool" . Manakala 2 terbawah didalam setiap kumpulan pula akan bertanding di dalam "2nd chance".
Berikut adalah senarai nama pemenang bagi pertandingan pada bulan Januari 2011 ini.


Juara - En.Hisam dari LLM

Naib Juara - En.Roslan

Tempat ketiga & Keempat - En.Nasir, En.Amar

Diharap para peserta bersiap sedia untuk pertandingan seterusnya pada 13 Februari 2011 - Double Darts Challenge.

Tuesday, January 4, 2011

Compressor Mentari Darts Challenge

Satu pertandingan Darts akan dianjurkan oleh Compressor Darters pada 16 January 2011. Para darters yang berminat untuk turut serta boleh berhubung dengan saya.

Wednesday, December 29, 2010

Compressor Darts Challenge


Salam Sejahtera Semua,




Mula-mula sekali Alhamdulillah dan syukur pada Ilahi dan tahniah kepada Pasukan Harimau Malaya yang berjaya merangkul kejuaraan AFF Suzuki Cup. Sudah lama berjuang kini segala pengorbanan dan cacian membuahkan hasil. Malaysia akhirnya berjaya dan membuka mata semua terutama yg mencaci mereka dahulu.

Ini juga membawa kepada Team Compressor yang mengambil langkah berani dengan menganjur 2 pertandingan Darts.

16 January 2011 - Pertandingan Darts Mentari yang akan diadakan di dewan Blok 2 Desa Mentari. Pertandingan ini terbuka kepada semua penduduk Blok 7 & 2 dan jemputan pada team-team darts tertentu. Tujuan asal pertandingan darts ini diadakan adalah utk memupuk semangat persahabatan di antara darters di blok 7 dan 2. Ia juga sebagai satu pendedahan kepada darters-darters yang tidak pernah memasuki pertandingan (atas faktor ekonomi dan masa) merasai perasaan gerun, berdebar dan gemuruh ketika bertanding. Diharap dengan pendedahan ini para darters dapat keluar dari kepompong dan bertanding di peringkat yang lebih tinggi lagi dan berjaya merangkul hadiah kemenangan yang lebih besar lagi.

13 February 2011 - Pertandingan Single Compressor Darters. Pertandingan yang diharap dapat menghimpunkan semua darters amatur. Hadiah yang lumayan disediakan. Harap para darters dapat memberi sokongan dengan menyertai pertandingan ini. Studio Compressor Darters akan menjadi venue bagi pertandingan ini.

Utuk maklumat yang lebih lanjut sila hubungi saya. Nan - 012 -360 8642